• A- A A+




Yang Di-Pertua Negeri

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri merupakan Ketua Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun.

Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  • Perlantikan Ketua Menteri
  • Penangguhan memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan.

Yang di-Pertua Negeri kini ialah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin. Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri yang ke-sepuluh dan dilantik mulai 1 Januari 2011.