• A- A A+




Jawatankuasa Tetap

JAWATANKUASA TETAP

Rujukan:    Peraturan-Perarturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah perenggan 88.

Sebuah Jawatankuasa Pilihan penggan dipanggil Jawatankuasa tetap hendaklah dibentuk dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas bermulanya tiap-tiap penggal.

Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada Speaker sebagai pengerusi dan tujuh orang ahli yang dilantik oleh Dewan dengan cara sedemikian yang dapat memastikan setakat yang boleh bahawa keanggotaan dalam jawatankuasa itu menggambarkan keadaan keseimbangan antara penyokong-penyokong kerajaan dan penyokong-penyokong pembangkang.

Tugas jawatankuasa adalah untuk menimbangkan dari masa ke masa serta melaporkan kepada Dewan semua perkara berhubung dengan Peraturan tetap.  Jika pemberitahu berkenaan dengan sesuatu usul melibatkan sebarang cadangan untuk meminda mana-mana Peraturan Tetap, maka pemberitahu itu hendaklah diserahkan dengan satu draf pindaan yang dicadangkan.  Usul tersebut apabila dibawa dalam mesyuarat hendaklah terserah kepada jawatankuasa yang berkenaan tanpa apa-apa masalahnya dikemukakan kepada majlis untuk diputuskan.  Apa-apa acara selanjutnya tidak boleh dijalankan ke atas usul tersebut sehingga jawatankuasa itu telah melaporkannya kepada Dewan.

Tugas jawatankuasa adalah juga untuk menimbangkan serta menasihatkan Speaker berkenaan dengan semua perkara yang berkaitan dan kena-mengena dengan soal kesenangan dan keselesaan Ahli-ahli Dewan.

Tugas jawatankuasa adalah juga untuk menimbangkan semua rayuan yang diserahkan kepadanya menurut Peraturan Tetap No. 18 (Rayuan-Rayuan) dan untuk mengklasifikasikan cabutan-cabutannya dalam bentuk dan cara yang dirasakan paling sesuai pada padangan  jawatankuasa untuk semua maklumat yang dikehendaki berhubung dengan isi kandungan rayuan-rayuan tersebut serta tandatangan-tandatangan yang dilampirkan dengannya disampaikan kepada Dewan.  Jawatankuasa hendaklah juga melaporkan perkara-perkara yang sama dari masa ke masa kepada Dewan.

Jawatankuasa hendaklah juga menjalankan tugas dan peranan yang diberikan kepadanya menurut Peraturan-peraturan Tetap ini dan hendaklah menimbangkan serta melaporkan semua perkara lain yang dirujukkan kepadanya dari masa ke masa oleh Dewan.

Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memanggil orang-orang hadir di hadapannya dan meminta supaya risalah-risalah serta rekod-rekod dikeluarkan untuk disiasat.