• A- A A+




Enakmen

Sedang Dikemaskini

Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri

Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah terbahagi kepada 3 badan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Badan Eksekutif terdiri daripada Ketua Menteri yang merupakan Ketua Kerajaan bagi mengawal Kabinet Negeri dan Perkhidmatan Awam Negeri. Badan Perundangan pula terdiri daripada Speaker yang merupakan wakil majlis mesyuarat dan ahli-ahli yang menerima perkhidmatan daripada Setiausaha dan kakitangan pejabat Dewan Undangan Negeri. Manakala bahagian kehakiman pula diketuai oleh Ketua Hakim dan Hakim yang bertanggungjawab membuat sesuatu keputusan di Mahkamah. Bahagian-bahagian ini saling berhubungkait di bawah TYT yang merupakan Ketua Negeri Sabah.

Pilihanraya Negeri Sabah diadakan pertama kalinya pada tahun 1967.  Sehingga hari ini, istitusi penggubalan undang-undang Negeri Sabah dipanggil 'Dewan Undangan Negeri' dan undang-undang yang diluluskan dipanggil 'Enakmen'.

 

Jenis Rang Undang-Undang

  1. Rang-Undang-undang (Public Bills)
    • Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan meliputi perkara yang ada hubung kait dengan kepentingan rakyat negeri ini secara am.
       
  2. Rang Undang-undang Ahli Persendirian (Private Member Bills)
    • Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Ahli Persendirian yang bukan Ahli Kerajaan.
       
  3.  Rang Undang-undang Private (Private Bills)
    • Rang Undang-undang yang dibentangkan adalah untuk faedah dan kepentingan orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan tertentu sahaja.
       
  4. Rang Undang-undang Campuran (Hybrid Bills)
    • Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Kerajaan ataupun Ahli Persendirian yang ada implikasi ke atas hak kepentingan individu atau kumpulan. 
       

 

Cara-Cara Undang-Undang Digubal

Menggubal dan meluluskan undang-undang merupakan salah satu fungsi yang terpenting oleh Dewan Undangan Negeri. Oleh kerana kerajaan negeri kita tertakluk pada undang-undang, sudah semestinya setiap undang-undang yang diperkenalkan di Dewan diberi pertimbangan sewajarnya. Memahami proses perundangan dan istilah-istilahnya adalah sangat penting. Semasa undang-undang itu dipertimbangkan di Dewan ia dipanggil Rang Undang-undang. Apabila rang undang-undang tersebut diluluskan ia dipanggil enakmen. Semua rang undang-undang yang diperkenalkan di Dewan hendaklah melalui proses-proses berikut:-

  1. Rang Undang-undang yang hendak dibawa ke Dewan disediakan oleh kementerian masing-masing dan disemak oleh Peguam Besar Negeri dan dibawa kepada pengetahuan Kabinet Negeri.
  2. Bacaan Pertama - Rang Undang-undang dibaca sebagai bacaan pertama.
  3. Bacaan Kedua - Ahli Membahas.
  4. Peringkat Jawatankuasa - Jawatankuasa semua Dewan meneliti Rang Undang-undang secara terperinci dan mengemukakan semula kepada Dewan.
  5. Bacaan Ketiga - Diluluskan setelah tidak ada lagi perbahasan.
  6. Perkenan Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah.

 

RANG UNDNG-UNDANG YANG TELAH DIBENTANG DAN DILULUSKAN
DEWAN PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH TAHUN 2011 DAN 2012

Bil Rang Undang Undang Tarikh Dibentangkan / Diluluskan
1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2011), 2011 22 Ogos 2011
2. Rang Undang-undang Perbekalan (2012), 2011 24 November 2011
3. Rang Undang-undang Mahkamah Anak Negeri (Pindaan) 2011 24 November 2011
4. Rang Undang-undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan & Pindaan) (Pindaan) 2012 28 Mac 2012
5. Rang Undang-undang Anugerah Negeri (Pindaan) 2012 28 Mac 2012
6. Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2012 28 Mac 2012