Logo DUN Sabah menu utama

middle menu

button perutusan speaker
button profil speaker
button profil speaker

button latarbelakang
button Enakmen
button kemudahan

button pengenalan
button carta organnisasi
button kakitangan
button kemudahan

button senarai aduns
button Parlimen
button rajah tempat duduk
button arkib

button eHansard
peta keputusan pilihanraya ke 12

Dewan Undangan Negeri Sabah

Dewan Undangan Negeri Sabah dibentuk pada tahun 1967 (bangunan lama) iaitu selepas Pilihanraya Negeri Sabah yang pertama diadakan. Bangunan tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah pada tahun 1980.  Pada tahun yang sama, Pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah telah berpindah ke tingkat 8, Bangunan Yayasan Sabah.  Pada masa itu, Kerajaan Negeri Sabah ditadbir oleh Kerajaan Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA).
gambar Bangunan DUN Lama
Bangunan Lama (1967 - 1980)

Pilihanraya

Pilihanraya Negeri Sabah yang pertama diadakan pada tahun 1967.  Sehinga hari ini, institusi penggubalan undang-undang Negeri Sabah dipanggil Dewan Undangan Negeri Sabah dan undang-undang yang diluluskan dipanggil enakmen. Sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, Sabah mempunyai kedudukan istimewa dengan mempunyai Kabinet Negeri dan Perlembagaannya sendiri.  Kedua-dua komponen penting kerajaan ini terbentuk melalui Dewan Undangan Negeri.


Sejarah Pemerintahan/Pentadbiran

gambar Bangunan Yayasan Sabah
Bangunan Yayasan Sabah

Negeri Sabah pernah ditadbir oleh Gabenor berbangsa British di bawah Penjajahan British.  Pada masa itu, Sabah dikenali sebagai British North Borneo.  Dewan Perundangan pada ketika itu dikenali sebagai  Legislative Council.  Semua undang-undang yang digubal pada masa itu dipanggil ordinan.

Pada 16 September 1963, Negeri Sabah mengisytiharkan kemerdekaan daripada penjajahan British.  Pada hari itu,   negeri Sabah,  negeri Sarawak dan Singapura bergabung dengan  Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk satu negara yang kini dikenali sebagai MALAYSIA.  Encik Donald Stephens @ Tun  Haji Mohd Fuad Stephens  dilantik sebagai Ketua Menteri pertama negeri Sabah .

Setelah merdeka, Dewan Undangan Negeri Sabah dibentuk dengan melantik beberapa pemimpin tempatan daripada kalangan masyarakat yang mewakili kawasan Kuasa-kuasa Tempatan (Local Council Jurisdiction).  Mereka digelar sebagai The Legislative Executive. Undang-undang yang diluluskan oleh badan ini dipanggil Enakmen.

Bagaimanapun,  sebahagian undang-undang (Ordinan) masih diterima pakai sehingga hari ini,  sebagai tanda peninggalan penjajahan British seperti  Ordinan Tanah 1963. Pilihanraya Negeri Sabah pertama diadakan dalam tahun 1967,  lebih kurang empat tahun selepas pengisytiharan kemerdekaan.

Di bawah peruntukan Artikel 13 dan 14 Perlembagaan Negeri Sabah, Badan Perundangan Negeri Sabah terdiri daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan  Dewan Undangan Negeri Sabah.   Dewan Undangan Negeri Sabah terdiri daripada seorang Speaker, dua orang Timbalan Speaker dan 60 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Fungsi-fungsi Utama Dewan Undangan Negeri

  1. Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan Negeri Sabah dan rakyat seperti mana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.
  2. Menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan semasa perbahasaan terhadap Usul Tuan Yang Terutama, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
  3. Meluluskan perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
  4. Mewakili rakyat, Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963. Perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan melalui perbahasan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan dan sebagainya.
  5. Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu
  6. Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  7. Menjadi arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
  8. Mengawasi tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan am.
  9. Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding atau melalui cara yang lain ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri.
  10. Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.
  11. Memperkembang dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berpelembagaan dan perundangan dengan lebih berkesan.

 


NOTIS PENAFIAN
Dewan Undangan Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam web ini.

Hakcipta Terpelihara © 2012 Dewan Undangan Negeri Sabah
Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Teluk Likas,
Peti Surat 11247, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-424415, 424405, 424406, 420380, 427533
Faks: 088-427333, 439769

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

 

pautan ke laman utama pautan ke pengenalan pautan ke DUNS pautan ke alamat perhubungan pautan ke handsard pautan ke JK PAC