| Muka Depan | Alamat | Maklum Balas
Pautan Utama  


Piagam Pelanggan Bahagian (PENTADBIRAN)

  • Komited memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti serta mengutamakan urusan orang awam.
  • Menyedia peti cadangan di Tingkat Bawah dan menyedia tempat menunggu di Tingkat 1.
  • Menerima dan mendaftar dokumen-dokumen perjanjian surat akuan serta surat kuasa dengan segera (jika dokumen lengkep dan mematuhi syarat/peraturan).
  • Bertindak sebagai Pengutip Hasil dan Cukai Setem (Bayaran Mahkamah Anak Negeri/Bayaran Majestret) diselesaikan dengan segera.
  • Pengesahan salinan dokumen-dokumen diselesaikan dalam tempoh secepat mungkin dengan syarat dokumen asal dibawa bersama.
  • Bertindak dan membalas surat-surat rasmi yang diterima dengan segera.

 

Piagam Pelanggan Bahagian (PEMBANGUNAN)

  • Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan daerah dengan saksama mengikut prosedur yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Menerima serta memproses semua permohonan projek-projek kecil luar bandar mengikut keutamaan dan kepentingan umum.
  • Bertindak segera mengatasi aduan/masalah dengan cepat, cekap serta adil mengikut prosedur yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Menganalisa permohonan pendaftaran golongan termiskin dan melaksanankan projek PPRT mengikut spekifikasi yang ditetapkan.
  • Mempastikan setiap projek kecil (Peruntukan ADUN, MP, KLPB, PPNS dan KKLW) dipantau dari mula hingga siap mengikut sepkifikasi yang ditetapkan.
  • Mempastikan semua projek kecil yang dirancang dapat memberi munafaat ke arah Pembangunan dan Peningkatan Ekonomi di daerah ini.

 

Piagam Pelanggan Bahagian (KEWANGAN)

  • Memproses pembayaran elaun kakitangan, WKAN, KK dan KMC tidak lewat dari 15 haribulan pada bulan berikutnya.
  • Memproses semua pembayaran am dan disiapkan dalam tempoh 3 hari hingga satu minggu dari tarikh tuntutan diterima.
  • Menjawab surat-surat teguran dari Bendahari Daerah/Negeri dan Audit dalam tempoh satu minggu dari tarikh surat diterima.
  • Mengeluarkan pesanan pembelian Tempatan/Perintah Kerja Am kepada kontraktor yang berjaya dalam tempoh satu minggu selepas mesyuarat sebutharga/tawaran diadakan dan persiapan awal jika projek diberikan kepada Badan JKKK agar tempoh juga adalah sama.
  • Menyedia baucer pembayaran dalam masa 3 hari hingga satu minggu dari tarikh projek siap dengan syarat dokumen lengkap dan teratur.
  • Memproses serta meluluskan lesen berniaga diselesaikan dengan segera.
 
Intranet
Pautan Pilihan
Berita OnLine
Lain-Lain Pautan
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © PDK Membakut 2010. Kemaskini terakhir 29/08/2011

PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.