Latar Belakang
Kewujudan Pejabat Daerah Kecil Membakut
Pejabat Daerah Kecil Membakut telah diwujudkan pada 07 April 1977. Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut pada masa itu ialah sebuah rumah lama, Penolong Pegawai Daerah Membakut yang pertama ialah Encik Ibrahim Hj.Ahmad yang berasal dari daerah Sipitang. Bangunan Pejabat Daerah Kecil Membakut yang baru telah mulai dibina pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1979 dan seterusnya dirasmikan oleh Datuk Harris Mohd.Salleh (Ketua Menteri ketika itu) pada 28 Oktober 1979. Kini bangunan baru Urusetia Kecil Membakut (Pejabat sekarang) di tapak kawasan yang sama bagi menggantikan bangunan Pejabat Daerah Kecil yang lama dan telah beroperasi mulai tahun 2000.
Penduduk Daerah Kecil Membakut sangat padat dan dahulu meliputi 3 kawasan ADUN iaitu kawasan Beaufort, Bongawan dan Kuala Penyu. Sekarang hanga satu ADUN N.24 Membakut dan Parlimen P.176 Kimanis.
Daerah Kecil Membakut meliputi 38 buah kampung. Penduduk daerah Kecil Membakut tergolong daripada berbilang kaum iaitu kaum Brunei, Kadazan, Dusun, Paitan, Jawa, Bisaya, Cina dan lain-lain. Dengan hasil utama bercucuk tanam seperti menamam padi, nelayan, peneroh getah, kelapa sawit dan sebagainya.
Selain daripada itu daerah Kecil Membakut juga turut ditadbir oleh 2 orang Ketua Daerah, 6 orang Ketua Anak Negeri serta 18 orang Wakil Ketua Anak Negeri dan diperingkat kampung sebanyak 32 orang Ketua Kampung dan 35 orang Pengerusi JKKK dan 1 orang JKDB yang dilantik oleh pihak kerajaan dan 2 orang Ketua Masyarakat Cina.
Adalah difahamkan profail ringkas Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898 dimana daerah ini pada masa dahulu tertakluk dibawah pentadbiran kerajaan British North Borneo. Keluasan/topografi Daerah Kecil Membakut ialah 132.8 km (83 batu) persegi "approximate". Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang. Penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing sungai. Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990, penduduk daerah ini telah bertambah 17,169 orang. kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai 21,900 orang.
Jarak daerah Membakut dari Kota Kinabalu lebih kurang 70 km dan 20 km dari Pekan Beaufort. Pengangkutan dan komunikasi di daerah ini dilaksanakan melalui jalanraya dan keretapi.
Kedudukan Pejabat Daerah Kecil Membakut bersempadan dengan Klinik Kesihatan Membakut dan berdepan dengan Balai Polis Membakut dan Masjid Pekan Membakut.
Daerah Kecil Membakut mempunyai potensi pembangunan yang baik kerana kedudukannya yang strategik. Pihak SEDCO telah mengujudkan Pekan Baru 10 unit rumah kedai satu tingkat dan 10 unit rumah kedai dua tingkat, pasar sayur dan ikan, Bangunan Astaka,Bangunan Ujana Wawasan, Bangunan Kraftangan, Bangunan Perpustakan, Pusat RNR, Dewan Serbaguna dan 10 buah gerai serta tandas awam.
Mercu tanda bagi daerah Membakut adalah 'BUKU' atau 'KITAB' yang diilhamkan sendiri oleh YB. Datuk Hj. Mohd. Arifin Mohd. Arif, ADUN N.24 Membakut, Merangkap Pengerusi SEDCO Negeri Sabah. |