| Muka Depan | Alamat | Maklum Balas
Pautan Utama  


Puspanita Cawangan Daerah Membakut

Pengenalan

Mesyuarat pertama penubuhan Jawatankuasa Penaja PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil Membakut telah diadakan pada 08 Disember 1999 dihadiri oleh 32 orang ahli sahaja. Dengan tertubuhnya jawatankuasa penaja ini maka PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil, Membakut telah mengemukakan permohonan pendaftaran melalui Urusetia PUSPANITA Kebangsaan. Majlis Perasmian PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil, Membakut telah dilancarkan pada 04 Oktober 2003, bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Membakut, majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk K.Y Mustafa Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah (SKN pada masa itu).

Pendaftaran

Kebenaran menubuhkan PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil, Membakut kemudiannya diberikan oleh Timbalan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 20 November 2001.

Mesyurat Agung

Dengan kelulusan pendaftaran tersebut, maka PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil, Membakut telah mengadakan mesyuarat agung yang pertama pada 30 Januari 2002.

Keahlian

Jumlah ahli PUSPANIAT Cawangan Daerah Kecil,Membakut pada tahun 2002 adalah seramai 32 orang sahaja. Kini keahlian PUSPANITA Cawangan Daerah Kecil, Membakut telah bertambah seramai 61 orang ahli.

 

 

 
Intranet
Pautan Pilihan
Berita OnLine
Lain-Lain Pautan
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © PDK Membakut 2010. Kemaskini terakhir 29/08/2011

PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.