Peti Surat 05, 89767 Menumbok, Sabah. Nombor Telefon : 087-831104 / 105 / 316 / 455 / 454 Nombor Faks : 087-831071
Acara Akan Datang
Ramalan Cuaca
Kalendar
Jumlah Pengunjung

ENCIK AG TAJUDIN BIN HAJI AG BAHAR
Penolong Pegawai Daerah
Kecil Menumbok

Assalammualaikum dan salam sejahtera pertama sekali saya memanjatkan syukur keHadrat Allah swt atas petunjuk dan HidayahNya sehingga Pejabat ini dapat menyempurnakan laman webbagi Pejabat Daerah Kecil Menumbok . Pejabat ini juga turut mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pihak-pihak terlibat, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Unit Kemajuan IT Negeri Sabah dalam melatih Webmaster pejabat ini ke arah mempelajari sistem teknologi maklumat yang lebih berkesan.

Dengan adanya ruangan laman web ini saya mengalu-alukan kesudian Datuk/Tuan/Puan kerana melawati laman web kami yang masih dalam proses pengemaskinian semua maklumat yang terkini. Kami berharap dengan adanya maklumat yang terpapar dalam laman web ini akan dapat membantu Datuk/Tuan/Puan mengetahui perkembangan terbaru maklumat mengenai Daerah Menumbok.

Disamping itu kami juga mengalu-alukan sebarang kritikan,teguran dan nasihat yang membina untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan kami dalam mengingkatkan prestasi teknologi maklumat pejabat ini.

Semoga dengan adanya laman web Pejabat Daerah Kecil,Menumbok ini akan dapat merapatkan hubungan siratulrahim di antara pengunjung dengan pejabat ini.

Akhir kata selamat berkunjung ke laman web Pejabat Daerah Kecil Menumbok dan semoga maju jaya.

Sekian dan terima kasih.

Perutusan
 

 


Paparan Terbaik : 1024 x 768 Mozilla FireFox, Google Chrome, Internet Explorer 4.0, Mobile Web | Kemasikini Terakhir : 15.2.2012
Notis Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Copyright © 2012 Pejabat Daerah Kecil Menumbok. All rights reserved.