Menumbok .

Menurut cerita orang-orang tua yang terdahulu bahawa daerah ini mempunyai dua legenda yang tersendiri yang sukar untuk dipercayai namun hakikatnya adalah diterima pakai oleh orang-orang kampung di sini. Berpunca seekor ikan besar yang mati terdampar diperkampungan ini iaitu sejenis IKAN MENUMBOK dan yang keduanya iaitu air sungai dari Sungai Padas Damit mengalir deras menuju ke muara bertembung dengan air laut dari air laut ketika air pasang bertepatan diperkampungan ini iaitu di MENUMBOK dengan gelaran ini maka disebut-sebut sehingga sekarang Menumbok.

Daerah Kecil menumbok mempunyai keluasan 74 batu persegi atau 19,165 hektar terletak di Barat Daya Negeri Sabah, iaitu di Bahagian Pedalaman kawasan Kuala Penyu. Daerah ini terletak hampir 165 km dari Kota Kinabalu. Ianya juga berhadapan dengan Pulau Labuan dan oleh sebab inilah ianya dikenali sebagai pintu masuk ke tanah besar Negeri Sabah. Dihubungkan melalui jalanraya (Kuala Penyu) 47 KM (Beaufort) 65 KM

Daerah Kecil Menumbok mempunyai tanah rata, tanah berbukit bukau dan kawasan paya. Kawasan berbukit bukau dengan paras ketinggian antara 100' - 500' ditumbuhi dengan hutan muda dan hutan semak disamping tanaman getah terletak di Bahagian Barat. Sebahagian besar kawasan menghala ke Timur adalah paya yang dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah. Terdapat dua buah sungai iaitu Sungai Klias dan Sungai Padas Damit mengalir menghala Laut Cina Selatan. Di muara Sungai Klias terletaknya Pekan Menumbok

 

Tweets
    2012 Pejabat Daerah Kecil Menumbok © All Rights Reserved ®. Menumbok