Peti Surat 05, 89767 Menumbok, Sabah. Nombor Telefon : 087-831104 / 105 / 316 / 455 / 454 Nombor Faks : 087-831071
Acara Akan Datang
Ramalan Cuaca
Kalendar
Jumlah Pengunjung
Kemudahan Asas Dan Utiliti

KEMUDAHAN AWAM
DI KAWASAN DAERAH KECIL MENUMBOK


Bekalan Air
Hanya 60% kemudahan ini dapat dibekalkan kepada kampung-kampung di daerah ini dan keperluan bekalan air ini adalah merupakan keperluan utama.

Bekalan Tenaga Elektrik
Pekan Menumbok dan sekitarnya mempunyai bekalan tenaga elektrik 24 jam sehari. Tenaga elektrik tersebut adalah dibekalkan oleh Sabah Electric Sdn. Bhd.. Buat masa ini Bekalan Tenaga Elektrik telah dibekalkan sepenuhnya kepada kampung-kampung di Daerah Kecil Menumbok sejak Kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Institusi Kewangan
Daerah Kecil Menumbok tidak terdapat institusi kewangan seperti bank. Pejabat Pos yang terdapat di daerah ini hanya mampu memberikan perkhidmatan Bank Simpanan Nasional dan Amanah Saham Bumiputera. Tempat inilah menjadi tumpuan penduduk mendapat perkhidmatan bank.

Kemudahan Sekolah
Kepentingan pelajaran dikalangan anak-anak muda di daerah kecil ini adalah sentiasa terpelihara. Untuk memenuhi keperluan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak muda di daerah kecil ini. Sekolah-sekolah telahpun dibina dan dilengkapi oleh tenaga pengajar yang mahir. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:-

SMK MENUMBOK

S.K. PEKAN MENUMBOK.

S.K. MELIKAI.

S.K. LAMBIDAN.

S.K. SANGKABOK.

S.K. TANJUNG ARU.

S.K. SINAPOKAN.

S.K. KILUGUS.

S.K. BATU LINTING.

SRJK PUI HWA (C).

TABIKA KEMAS.

Sekolah ini dijangka dapat memberikan pendidikan kepada bukan sahaja penduduk dari Menumbok tetapi juga daripada daerah-daerah yang berhampiran.

Kemudahan Bilik Bacaan
Sebuah bilik bacaan Perpustakaan Desa telahpun diwujudkan di daerah ini sejak 1988. Bilik Bacaan Desa buat masa ini hanya dapat memberi perkhidmatan perpustakaan di Pekan Menumbok dan kampung-kampung disekitarnya. Ini adalah kerana saiz bangunannya yang kecil. Walau bagaimanapun koleksi bahan bacaan di Bilik Bacaan Desa tersebut adalah agak 'Comprehensive'. Buat masa ini Pejabat Perpustakaan Desa yang baru telah beroperasi di kawasan Pekan Baru Mempakul, Menumbok sejak tahun 1997.

Bilik Bacaan Desa, Menumbok

Kemudahan Perubatan
Daerah Kecil ini mempunyai sebuah Klinik Kesihatan yang dikendalikan oleh seorang Pembantu Perubatan dan beberap orang pembantu. Doktor-doktor daripada Beaufort /Kuala Penyu juga datang berkhidmat dan melawat klinik tersebut mengikut jadual yang ditentukan.

Klinik Kesihatan, Menumbok

Kemudahan Pejabat Pos

Sebuah Pejabat Pos telah dibina berhampiran dengan Pekan Menumbok. Pejabat Pos ini bukan sahaja memberikan Perkhidmatan Pos tetapi juga menjadi Pejabat Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional di mana penduduk-penduduk di Daerah Kecil ini boleh menyimpan wang mereka.

Pejabat Pos Menumbok

Kemudahan Keselamatan

Balai Polis Menumbok

Kemudahan Beribadat

Penduduk Daerah Kecil ini terdiri daripada berbilang bangsa dan kepercayaan agama. Untuk menjamin kepentingan beragama di daerah kecil ini, banyak masjid, surau gereja dan tokong telah dibina. Berikut adalah senarai masjid, surau, gereja dan tokong di Daerah Kecil Menumbok.

Masjid Dan Surau

Masjid Pekan Menumbok.
Masjid Kg. Mempakul.
Surau Kg. Darat Menumbok.
Surau Kg. Laut.
Surau Kg. Sekalong.
Surau Kg. Bukit Nuri.
Surau Kg. Peringan.
Surau Kg. Melikai.
Surau Kg. Sarap/Siampak.
Surau Kg. Manggis.
Surau Kg. Jungkon.
Surau Kg. Sinapokan.
Surau Kg. Kilugus.
Surau Kg. Kepayan Skim.
Surau Kg. Lambidan.
Surau Kg. Jagus.
Surau Kg. Sangkabok.
Surau Kg. Tanjung Aru.
Surau Kg. Siaun.
Surau Kg. Gulung-Gulungan.

Gereja

Chapel St. Ambrose, Kg. Padang Golf.
Chapel St. Thomas, Kg. Kelampun.
Chapel Kg. Batu Linting.

Tokong

Tokong Cina, Pekan Menumbok.

Kemudahan Rumah Rehat

Di Daerah Kecil ini tidak terdapat sebarang hotel atau rumah tumpangan. Walau bagaimanapun sebuah 'Rest House' yang mempunyai 5 buah bilik dibina di Pekan Mempakul dan sedang beroperasi sepenuhnya.

 

 


Paparan Terbaik : 1024 x 768 Mozilla FireFox, Google Chrome, Internet Explorer 4.0, Mobile Web | Kemasikini Terakhir : 15.2.2012
Notis Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Copyright © 2012 Pejabat Daerah Kecil Menumbok. All rights reserved.
MOBILE WEB | PETA LAMAN | BANTUAN | SOALAN LAZIM