PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap,cepat dan tepat kepada pelanggan yang berurusan dan berusaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Bagi maksud ini, kami berjanji "sentiasa melayani aduan dan membantu mencari penyelesaian masalah pelanggan dalam suasana mesra, adil dan saksama.
A) BAHAGIAN PENTADBIRAN
. Memproses dan menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh 5 hari bekerja.
. Memproses pendaftaran Surat Akuan dan Surat Perjanjian dengan serta merta.
B) BAHAGIAN PEMBANGUNAN
. Sentiasa bersedia untuk menerima permohonan Projek Kecil Luar Bandar.
. Membuat pemeriksaan permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 3 hari
bekerja.
. Menjawab surat permohonan Projek Kecil Luar Bandar dalam tempoh 2 hari bekerja
selepas penyenaraian,pemeriksaan dan penyediaan skop dan anggaran kos
pelaksanaan kerja siap dibuat.
C) BAHAGIAN PERLESENAN
. Sentiasa memastikan bahawa borang permohonan dan pembaharuan lesen
perniagaan tersedia untuk dijual.
. Sentiasa bersedia untuk menerima borang permohonan dan pembaharuan lesen
berniaga.
. Memproses borang permohonan baru dan pembaharuan (yang lengkap sahaja)
dengan serta merta.
D) BAHAGIAN AKAUN
. Menyediakan Perintah Am Kerja (GWO) dan Arahan Pembelian Tempatan (LPO)
dalam tempoh 2 hari bekerja.
. Memproses pembayaran tuntutan invois/bil dalam tempoh 2 hari bekerja.
. Memproses tuntutan elaun perjalanan kakitangan dalam tempoh 3 hari selepas
diterima.