Latar Belakang Penubuhan
Pejabat Daerah Kecil Kemabong
Pejabat Daerah Kecil Kemabong telah diwujudkan pada 01 April 1997 dengan menempatkan 9 orang kakitangan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah yang pertama En Amat Mohd Yusof. Pejabat ini ditempatkan di bangunan sementara yang didirikan di tapak Rumah Rehat dan dirasmikan oleh YB Datuk Haji Yahya Hussin selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan pada 17 April 1997.
Penubuhan Daerah Kecil ini merupakan salah satu cara bagi kerajaan untuk mempercepatkan proses penyaluran kemudahan infrastruktur dan sebagai pemangkin kepada usaha mempertingkatkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar khususnya bagi rakyat yang tinggal jauh di pedalaman. Dengan memperkenalkan beberapa program seperti Gerakan Desa Wawasan, diharapkan kawasan luar bandar akan menjadi suatu kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan.
Perintis......En Amat Mohd Yusof, Penolong Pegawai Daerah
yang pertama(duduk di tengah) bersama kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kemabong