L

A

G

E

N

D

A

 

 

Terdapat  dua versi yang agak popular mengenai asal usul nama KEMABONG.

Pertama, mengikut  cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terletak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengalir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran   mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tandatanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sungai tersebut naik.

Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik di sebut sebagai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.

 

Versi kedua pula KUMABONG menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah di sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.

Didalam bahasa Murut, KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Dari perkataan KUMABONG inilah yang akhirnya pada hari ini di sebut sebagai KEMABONG.

Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita diatas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.