PENGENALAN

 

Lokasi
Kemabong terletak di kawasan pedalaman Sabah. Ianya terletak dibawah pentadbiran Daerah Tenom.
Terletak  kira-kira 35 km di Selatan Pekan Tenom, bersempadan dengan Daerah Sipitang dan negara Indonesia
(Kalimantan).Pekan Kemabong terletak lebih kurang 230 km dari Ibu Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

KELUASAN
1,812 Kilometer persegi.

TOPOGRAFI
Sebahagian  besar mukabuminya adalah berbukit bukau dan lembah yang luas dan subur untuk pertanian.

Direntangi dengan aliran Sungai Padas senagai penjana Hidro Letrik Tenom Pangi selain menjadi sumber air
kepada penduduk Tenom/Kemabong.

IKLIM
Panas tetapi agak sejuk pada sebelah malam. Suhunya adalah diantara 26 hingga 27 C. Sukatan air hujan adalah

dalam lingkungan 2,672.4 milimeter setahun. Walau bagaimanapun sukatan ini tidaklah sama sepanjang tahun,
tertakluk kepada musim tengkujuh yang tidak menentu pada masa kini.

PENDUDUK
Jumlah penduduknya lebih kurang 20,708 orang. Suku kaum yang terbesar ialah Murut ( Tagol,Timogun dan Paluan).

Suku kaum lain ialah Melayu, Cina, Lundayeh, Kadazandusun dan lain-lain etnik.

KEGIATAN EKONOMI

    Pertanian                 85%
    Perkhidmatan        10%
    Perindustrian          03%
    Lain-lain                     02%

 

MUKIM

Untuk Memudahkan pentadbiran, Kemabong dibahagikan kepada 5 mukim seperti berikut;
            

               MUKIM       BIL KAMPONG        BIL JKKK    BIL PENDUDUK
          SAPONG               40             16          6,431   Orang
          KEMABONG               37             16          6,264   Orang
          TOMANI               42             18          6,210   Orang
           RUNDUM               23                             6           1,803    Orang
           ENTABUAN               33              21  
                  Jumlah                174              76           20,708  Orang

Kawasan Pilihan Raya.

Bagi Dewan Undangan Negeri, Kemabong termasuk di dalam kawasan N.31 Kemabong 
manakala bagi Parlimen, Kemabong termasuk di dalam Kawasan P.158 Tenom.