Web Mudah Alih Responsif

Web Mudah Alih Responsif ialah keupayaan laman web untuk membuat laman web kelihatan teratur pada semua peranti (komputer, tablet dan telefon mudah alih).

Web Mudah Alih Responsif disesuaikan dengan saiz peranti menggunakan reka bentuk responsif.

Susun atur ini akan berubah secara automatik berdasarkan saiz dan keupayaan peranti. Sebagai contoh:

  • pada telefon mudah alih, pengguna akan mendapati kandungan yang ditunjukkan dalam paparan kolum tunggal;
  • manakala tablet kemungkinan akan menunjukkan kandungan yang sama dalam dua kolum.