Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Program Pameran dan Jualan Produk Tempatan Sabah 2018

Sukacita dimaklumkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah akan menganjurkan Program Pameran dan Jualan Produk Tempatan Sabah 2018 pada 6 hingga 9 Disember 2018 bermula jam 9:30 pagi hingga 8:00 malam bertempat di Dewan Pameran, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.

Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 6 Disember 2018 (Khamis) jam 2:00 petang.

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan produk tempatan Sabah dan memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempamer dan menjual barangan mereka.

Disamping pameran dan jualan produk-produk tempatan Sabah, pelbagai acara juga turut diadakan seperti Business-Matching, persembahan hiburan, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, treasure hunt dan sebagainya.

Semua adalah dijemput bagi sama-sama memeriahkan program Pameran dan Jualan Produk Tempatan Sabah. Marilah bersama-sama menyokong produk tempatan Sabah. 

Terima Kasih.