Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Program Keusahawanan ”Gabungan Rakan Entrepreneur, Aspirasi Terhebat” (GREAT) 2018

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia melalui Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO), Unit Strategi Nasional (NSU) dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan program keusahawanan ”Gabungan Rakan Entrepreneur, Aspirasi Terhebat” (GREAT) pada 28 hingga 29 April 2018 (Sabtu dan Ahad) di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang.

Program GREAT 2018 ini bertujuan untuk menghimpunkan usahawan-usahawan Negeri Sabah di bawah satu platform yang bakal menyediakan peluang keusahawanan yang lebih luas dan akses kepada program keusahawanan sedia ada. Acara dua hari ini antaranya akan membolehkan para usahawan meningkatkan ilmu dan kemahiran keusahawanan masing-masing, mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar industri terpilih dan agensi keusahawanan negeri dan nasional, mewujudkan jalinan kerjasama antara usahawan dan mengadakan usahasama. 

Sila klik sini untuk maklumat lanjut