Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.
 
2    Perpustakaan Negeri Sabah berbesar hati menjalankan amanah untuk
menjayakan penganjuran program ini. Tujuan penganjuran adalah untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan.
Adalah anda dipelawa dan menjadi harapan agar kita dapat bersama-sama menjayakan program ini.

3      Bersama ini, sebagai rujukan telah disertakan poster berkenaan
program tersebut. Sila Klik SINI.  Segala kerjasama dan perhatian Datuk/tuan/puan amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
BAHAGIAN KORPORAT DAN PENERBITAN
PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
Tel:  088-231623 (ext:210/213/250)