Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES merupakan satu INISIATIF MEMBACA di bawah kelolaan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit.

Ia juga sebagai sokongan daripada perpustakaan awam negeri bersama-sama kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat. 

Program ini akan dilancarkan di Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah pada 24 APRIL 2018 (SELASA) selama 10 MINIT dari jam 11.00 PAGI hingga 11.10 PAGI secara serentak di seluruh Malaysia.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut
1) PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
2) Borang Pendaftaran Jom Baca 2018
3) Poster