PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI I TAHUN 2018

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)
 
PEMBERITAHUAN
 
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI I TAHUN 2018

Sukacita,  dimaklumkan perkara-perkara berikut:

1.    Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri I  Tahun 2018 akan diadakan pada 24 hingga 27 April 2018.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini  dibuka mulai 01 Februari 2018 (Khamis)  sehingga tarikh tutup permohonan pada 05 Mac 2018 (Isnin); 

2.    Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp. 

3.    Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat  pemberitahuan kepada semua calon untuk Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Takwim peperiksaan boleh didapati URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp
 
Sekian dan terima kasih.
  
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS) 
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. 

Tambah komen baharu