Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PENUNDAHAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020  bagi langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19, Urus Setia LPKPANS memaklumkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1/2020 bagi subjek berikut: 

(i)    SEMUA PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN SECARA ONLINE

(ii)    KOD 210504 – PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM NEGERI SABAH 2008 DAN PERAKAUNAN KERAJAAN

yang dijadualkan pada 07 hingga 09 April 2020 dan 17 April 2020 telah DITUNDA ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekian, terima kasih. 
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah