Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PEMBERITAHUAN: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 2 TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2 Tahun 2019 akan diadakan pada 24 hingga 27 September 2019.

Sehubungan dengan itu, permohonan untuk menduduki peperiksaan berkenaan dibuka mulai 15 Julai 2019 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2019

Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp, atau boleh dilayar melalui laman sesawang JPANS: http://www.jpan.sabah.gov.my/.

Untuk makluman, Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat pemberitahuan kepada semua calon untuk Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS) 
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah