LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)
PEMBERITAHUAN
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI I TAHUN 2018 MULAI 24 HINGGA 27 APRIL 2018
Sukacita, dimaklumkan bahawa semua calon yang telah mendaftar dan diluluskan untuk menduduki Peperiksaan tersebut di atas boleh mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan mulai sekarang dengan menyemak di URL: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp
Sila pastikan calon membawa Kad Pengenalan dan Slip Pengesahan menduduki Peperiksaan bagi mengelakkan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
Untuk makluman, calon yang menduduki peperiksaan Siri I 2018 bagi soalan dalam bentuk Aneka Pilihan diminta untuk membawa pensel 2B.
Sekian dan terima kasih.
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Bahagian Pengurusan Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah