Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pemberitahuan Mencetak Slip Pengesahan Kehadiran Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi Siri 1 2019

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)
 
PEMBERITAHUAN:
 
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI I TAHUN 2019 MULAI 23 HINGGA 26 APRIL 2019

 
Sukacita, dimaklumkan bahawa semua calon yang telah mendaftar dan diluluskan untuk menduduki Peperiksaan tersebut di atas boleh mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan mulai sekarang dengan menyemak di URL: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp

 

Sila pastikan calon membawa Kad Pengenalan dan Slip Pengesahan menduduki Peperiksaan bagi mengelakkan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Untuk makluman, calon yang menduduki peperiksaan Siri I 2019 bagi soalan dalam bentuk Aneka Pilihan diminta untuk membawa pensel 2B.
 

Sekian dan terima kasih.
 
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Bahagian Pengurusan Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
(088) 260161, Faks: (088) 288575

Event Date: 
Selasa, 23 April 2019 hingga Jumaat, 26 April 2019