Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PELAKSANAAN PENILAIAN ICT SKILL ASSESSMENT AND CERTIFICATION (ISAC)

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS) 
 
PEMAKLUMAN
  
PELAKSANAAN PENILAIAN ICT SKILL ASSESSMENT AND CERTIFICATION (ISAC) UNTUK MENGGANTIKAN UJIAN KEMAHIRAN ICT BAGI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 DAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19 

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian ICT SKILL ASSESSMENT AND CERTIFICATION (ISAC) akan digunakan untuk Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 bagi menggantikan Ujian Kemahiran ICT.  Peperiksaan ini akan dikendalikan dengan kerjasama Kampus INTAN Sabah.  
 
Pelaksanaan peperiksaan ini berkuatkuasa 1 Januari 2018. Calon-calon boleh memohon peperiksaan ini dalam tempoh pendaftaran permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Permohonan menduduki peperiksaan ini boleh dibuat secara online melalui URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp 
 
Sekian dan terima kasih.
 
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Bahagian Pengurusan Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah