Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pekeliling Pencalonan Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang Tahun 2019 Sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri (MSPA)

Sukacita dimaklumkan bahawa lnstitut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri pada 08 dan 09 Julai 2019. Pencalonan bagi Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang dibuka kepada mereka yang berjawatan Setiausaha Pejabat atau Pembantu Setiausaha Pejabat yang bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi Yang Berbahagia Datuk/Tuan/Puan yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria seperti yang dilampirkan:

  1. Lampiran A - Syarat dan kriteria Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang:
  2. Lampiran B - Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Setiausaha;
  3. Lampiran C - Borang Pencalonan Anugerah Setiausaha Cemerlang; dan
  4. Lampiran D - Borang Penyertaan Program & Seminar MSPA 2019.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia MSPA 2019 sebelum atau pada 21 Jun 2019 (Hari Jumaat) di alamat berikut:

Urus Setia,

Jawatankuasa Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam   2019,

lnstitut Latihan Sektor Awam Negeri,

Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS,

88999 KOTA KINABALU.

 

Sebarang pertanyaan tentang perkara ini, mohon berhubung dengan Urus Setia MSPA 2019 di talian seperti yang berikut:

  1. Puan Ila Fadilah binti Harun - 088-315177
  2. Encik Farrad Ubydallah bin Sa'adilah - 088-315180
  3. Puan Fetty Sharlila binti Ismail - 088-315156

Sila klik disini untuk maklumat lanjut mengenai pekeliling ini.

 

Sekian.

INSTITUT LATIHAN SEKTOR AWAM NEGERI