Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Minggu Usahawan Sabah (MUS2019)

Bersempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS 2019), Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) serta agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan akan menganjurkan acara Minggu Usahawan Sabah atau pun MUS 2019 seperti berikut :

Tarikh : 12 - 15 Disember 2019
Masa : 9 pagi - 9 malam
Tempat : Pusat Perdagangan Sabah (STC), Kota Kinabalu.

 
Acara utama yang akan diadakan dalam MUS 2019 ini adalah pameran produk dan barangan yang di perbuat oleh usahawan seluruh Sabah di mana seramai 500 usahawan daripada seluruh pelusuk negeri Sabah akan mempamerkan lebih 1000 jenis produk semasa pameran tersebut. 
 
Selain daripada pameran ini, pengunjung yang berminat untuk belajar dan berjinak untuk menjadi usahawan boleh berpeluang untuk meningkatkan ilmu dan mendapat pendedahan kepada perniagaan melalui Sesi Perkongsian Perniagaan yang akan menampilkan usahawan-usahawan yang sudah berjaya untuk berkongsikan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam memajukan perniagaan mereka masing-masing.
 
Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik kerana Penganjur akan mengadakan acara Cabutan Tiket Bertuah setiap hari. Di samping itu, Penganjur telah menjemput beberapa artis tempatan untuk menghiburkan para pengunjung. 

Orang ramai adalah di jemput untuk mengunjungi acara ini. Masuk adalah PERCUMA.

File Upload: