Makluman Serangan Siber Ransomware 'Petya'

Kepada Semua Warga Kerajaan Negeri Sabah,

 

Dengan hormatnya saya sekali lagi ingin menarik perhatian kepada perkara yang tertera di atas.

 

2. Kita semua sudah maklum dengan ancaman siber ransomware yang dikenali dengan nama ‘WannaCry’ yang berlaku pada bulan Mei lalu. Kini, kita berhadapan lagi dengan ancaman terbaru iaitu serangan dari Petya’ yang bermula sejak kemarin, 27 Jun 2017. Kaedah serangan siber Petya’ ini adalah sama dengan kaedah serangan ‘WannaCry’. Keterangan lanjut ada dilampirkan. Antara sistem-sistem perkhidmatan yang telah dilumpuhkan akibat jangkitan Petya’ ini ialah sistem yang berkaitan dengan minyak (Russia), pembankan (Ukraine), perkapalan (India dan Denmark), farmasi, hospital, kewangan, syarikat-syarikat tenaga, dan banyak lagi.

 

3. Seperti juga jangkitan ransomeware WannaCry, jangkitan Petya ini akan mengakibatkan penggunaan komputer anda akan terhenti serta-merta kerana komputer anda telah dikunci melalui kaedah enkripsi. Wang tebusan sebanyak USD$300.00 (lebih kurang RM1288.00) dalam bentuk Bitcoin perlu dibayar untuk membuka enkripsi tersebut. Walaubagaimanapun, tidak ada jaminan penyelesaiannya boleh didapati setelah pembayaran dibuat

 

4. Diajukan lampiran fail Ransomware Petya Guidelinedalam bentuk format pdf yang menerangkan maksudnya sendiri termasuk kaedah penyelesaian dan pencegahan untuk meminimakan jangkitan Petya ini. Juga dilampirkan contoh-contoh paparan skrin jangkitan ransomeware ini untuk tatapan dan perhatian masing-masing.

 

5. Kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih demi untuk menjaga imej semua agensi dalam Sektor Awam Negeri Sabah.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui emel kami : Sabah Net Customer Service csd [at] sabah-net.com atau hubungi 088-234101 / 016-833-1200

 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.