Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Makluman Kepada Pegawai yang Meluluskan E-Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2 Tahun 2018 Diperingkat Jabatan

PEMBERITAHUAN
 
  MAKLUMAN KEPADA PEGAWAI YANG MELULUSKAN E-PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 2 TAHUN 2018 DIPERINGKAT JABATAN

 
Dimaklumkan bahawa permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2 2018 akan ditutup pada 30 Ogos 2018.  Sehubungan dengan itu, Pegawai yang bertanggungjawab   diminta untuk mengambil tindakan meluluskan permohonan pegawai di jabatan masing-masing sebelum tarikh tutup permohonan.  Kegagalan Y.Bhg.Datuk/Tuan/Puan untuk  meluluskan  permohonan pegawai di Jabatan/Kementerian/Agensi akan menyebabkan pegawai berkenaan tidak dapat menduduki peperiksaan kali ini. 
Untuk meluluskan permohonan calon jabatan Y.Bhg.Datuk/Tuan/Puan perlu dibuat secara online di alamat URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp 
Untuk makluman selepas tarikh tutup, sebarang permohonan yang belum diluluskan akan terbatal dan tidak disenaraikan dalam peperiksaan siri 2 2018.
  
Sekian dan terima kasih.
 
 
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Bahagian Pengurusan Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah