KURSUS AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN NEGERI DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2017

Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2017 akan diadakan pada 14 dan 15 Ogos, 2017 di Klagan Regency Hotel, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Kursus selama 2 hari itu dijangka akan dihadiri seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah, serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif. Kursus tersebut yang bertemakan "Towards Board Excellence"  akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Negeri Sabah. Kursus tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada setiap tahun antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli lembaga pengarah mengenai perubahan terkini dan isu-isu semasa berkaitan Akta Syarikat 1965; peranan dan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah, setiausaha syarikat dan juruaudit; dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai tadbir urus korporat.

Sempena dengan kursus tersebut, satu pameran yang disertai oleh 20 buah Badan Berkanun Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri juga akan diadakan pada 12 hingga 14 Ogos, 2017 bertempat di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Pameran selama 3 hari tersebut yang buat julung kalinya dianjurkan oleh  Warisan Harta (Sabah) Sdn. Bhd. antara lainnya bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan serta mempromosi Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri kepada masyarakat dan rakyat di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia pada amnya. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut untuk memperkenalkan dan mempromosi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kehadiran orang ramai adalah sangat dialu-alukan dan diundang untuk mengunjungi pameran tersebut.
 

Tambah komen baharu