Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Karnival Usahawan Wanita 2020

Untuk makluman, bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2020, Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah di bawah Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah akan mengadakan Karnival Usahawan Wanita seperti berikut: 

    Tarikh: 6 - 8 Mac 2020 
    Masa: 7.00 pagi hingga jam 10.30 malam 
    Tempat: Pekarangan Wisma Wanita, Kota Kinabalu 

Orang ramai adalah dipelawa ke karnival tersebut kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan khusus untuk pengunjung.

Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival ini, sila hubungi pegawai berikut: 

i) Puan Christina Gimbad (Ketua Urus Setia) - 088236110/236130
ii) Puan Winnie Anggon (Ketua Penyelaras pertandingan) - 088-236110/236131

Sekian, terima kasih.
Bahagian Pemantauan,Perancangan & Penyelidikan 
b.p Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah