HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN 2017

Adalah disiarkan untuk makluman umum bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri bersetuju mengisytiharkan 9 September 2017 (Sabtu) sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri Sabah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V selaras dengan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).