Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Tahun 2018

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (JPPP) akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan Tahun 2018 seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 11 Oktober 2018 (Khamis)

Masa    : 9:00 pagi – 4:00 petang

Tempat    : Ruang Legar, Tingkat Bawah,
Wisma Tun Fuad Stephens.

Program ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dengan tujuan memberi peluang kepada pelanggan JPPP untuk berinteraksi secara langsung bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Sempena Hari Bertemu Pelanggan 2018 yang akan diadakan ini, pihak JPPP juga akan menganjurkan Taklimat SIRIM FRAUNHOFER kepada usahawan-usahawan Industri Kecil Sabah (IKS). Pendaftaran untuk menghadiri taklimat ini boleh dibuat melalui pautan berikut: http://form.jotform.me/82209373761459

Di samping itu, terdapat juga gerai pameran jualan produk-produk tempatan Industri Kecil Sabah (IKS) dan cabutan tiket bertuah.

Kehadiran Tuan/Puan untuk memeriahkan program ini adalah dialu-alukan.

Sekian. Terima Kasih.