Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Gambar Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Dalam Bahasa Inggeris

Jabatan ini telah menerima maklumat bergambar mengenai Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dalam Bahasa Inggeris, di mana gambar tersebut merupakan bukan paparan sebenar. Paparan tersebut adalah perkataan"JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH' telah diterjemahkan (translate) kepada "DEPARTMENT OF MONEY WOMEN". Gambar itu juga telah tersebarkan luas (viral) melalui aplikasi WhatsApp. Ini akan menimbulkan keraguan pelbagai pihak dan pengurusan  program jabatan akan terjejas.

Mohon orang awam tidak menyebarkan gambar palsu (fraud) tersebut. Sila layari laman web http://www.wanita.sabah.gov.my untuk paparan sebenar dan hubungi talian pejabat di 088236110 untuk mendapatkan penjelasan atau maklumat mengenai jabatan.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut

File Upload: