Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Festival Industri Kecil Sabah (FIKS) dan Program "1 District 1 Small Industry" (OD1SI)

Dimaklumkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli akan menganjurkan Festival Industri Kecil Sabah (FIKS), One District One Small Industry (OD1SI) sempena “Tamparuli Fest 2018” (TiF 2018) pada 10-12 Julai 2018 bertempat di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli.

FIKS dan OD1SI  akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah pada 11 Julai 2018 jam 2.00 petang bertempat di perkarangan Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

FIKS akan memperkenalkan produk-produk buatan Sabah khususnya produk-produk IKS yang beroperasi di Pantai Barat Sabah. Selain sebagai wadah promosi produk-produk tempatan, FIKS dan OD1SI juga merupakan platform mengenalpasti para usahawan yang membuat produk-produk berasaskan bahan-bahan tempatan dan mempunyai potensi untuk ditambah nilai dan seterusnya diketengahkan ke peringkat global.

Pelbagai acara turut diadakan termasuklah Business Idea Pitching, Eco-Run, Bicycle Fun Ride, Dance Competition, Fun Fair, Business Sharing Experience, Master Chef Challenge, Outstanding Fruit Challenge, Cabutan Tiket Bertuah dan pada 12 Julai akan berlangsung Cabutan Tiket Bertuah untuk Grand Prize, pengadilan akhir Miss TiF 2018 yang bertemakan “Sumandak Pigi Tamu Tamparuli” dan pertandingan karaoke. Beberapa artis tempatan juga akan dijemput untuk memeriahkan lagi TiF 2018.

Anda dijemput berkunjung ke TiF 2018 untuk turut serta memeraihkan acara ini disamping menikmati suasana tenang yang disajikan oleh pekan Tamparuli yang terkenal dengan “Jambatan Tamparuli”.
 

Sila klik sini untuk maklumat lanjut.