Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Ekonomi

Ekonomi

Ekonomi di Sabah sentiasa bergantung kepada industri eksport bagi komoditi utama dan komoditi-komoditi lain yang diproses secara minima. Selain daripada pengilangan kayu yang biasa dilakukan, sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan juga semakin meningkat, dan ianya semakin pantas menjadi sumber utama ekonomi di negeri Sabah. Walau bagaimanapun, petroleum, minyak sawit dan koko masih kekal sebagai tiga komoditi yang sentiasa dieksport keluar dari negeri ini. Oleh sebab sumber-sumber semulajadi yang kaya di negeri ini, hampir 1/7 tanah di kawasan sekitar Sabah adalah sesuai untuk membangunkan sektor pertanian.

Pertanian

Sabah adalah pengeluar tunggal minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia. Perladangan kelapa sawit meliputi lebih 700,000 hektar di kawasan Pantai Timur Sabah, dan ia juga telah menyumbang kira-kira 25% daripada eksport minyak kelapa sawit mentah negara. Secara tradisinya, Sabah bergantung kepada eksport yang berasaskan kayu balak, tetapi dengan kekurangan hutan semula jadi yang semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki kawasan hutan hujan semulajadi telah dibuat pada awal tahun 1982.

Pembuatan

Terdapat beratus-ratus SMI dan SME di negeri Sabah, dan terdapat beberapa syarikat yang telah membuat nama di sini seperti Gardenia, Ken Chong, Cap Kuda, dan banyak lagi. Dengan galakkan perindustrian yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah melalui pelan Koridor Pembangunan Sabah; tumpuan khusus di kawasan Sepanggar di mana KKIP Industrial Park dan Terminal Kontena Sepanggar Port terletak, tidak lama lagi akan mempunyai lebih banyak syarikat pembuatan yang akan bermula di sana dalam tempoh masa terdekat.

Pelancongan

Eko-pelancongan adalah penyumbang utama kepada ekonomi di negeri Sabah. Sama ada pantai berpasir putih, hutan hijau yang subur, hidupan liar yang eksotik, pengembaraan yang menyeronokkan, masakan yang sedap, atau budaya yang kaya, Sabah sentiasa mempunyai sesuatu untuk setiap orang. Sabah juga merupakan tuan rumah kepada salah satu tapak menyelam popular di dunia, iaitu Pulau Sipadan; dan juga Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Kinabalu oleh sebab ekosistemnya yang kaya dengan kehidupan marin dan habitat hidupan liar.