Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Bantuan IKS

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan ada menyediakan Bantuan IKS atau ringkasnya BAIKS kepada usahawan IKS di Negeri Sabah. BAIKS merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Program ini bertujuan membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran. 
 
Apakah jenis bantuan yang di tawarkan? 
 
Bantuan yang di tawarkan terdiri dari 4 kategori berikut: 
❖ mesin dan kelengkapan, 
❖ pembungkusan, 
❖ peningkatan syarikat ke Sdn Bhd dan 
❖ e-dagang/digital 
 
Syarat-syarat :
 
1.         Mempunyai lesen perniagaan
2.         Pemohon hendaklah rakyat Sabah
3.         Mengeluarkan produk/memberi perkhidmatan
4.         Mempunyai premis perniagaan
5.         Minat dan komitmen dalam perniagaan
6.         Berdaftar sebagai usahawan DIDR
7.         Mengemukakan Borang BAIKS 2020
 
Apakah jenis perniagaan yang layak memohon? 
 
Semua syarikat IKS Sabah dalam bidang perkhidmatan dan bidang pembuatan makanan, minuman, produk bukan makanan dan kraftangan. 
 
Cara-cara Memohon :
 
Para usahawan IKS yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan Bantuan IKS bagi tahun 2020 dengan dengan cara berikut :
 
1. Memohon melalui Portal BAIKS online https://baiks.smedidr.com.my,
2. Mengemukakan permohonan melalui email smedidr [at] gmail.com
3. Menghantar permohonan ke pejabat DIDR (Tingkat 1, Blok C Wisma Tun Fuad Stephens) 
 
Maklumat lanjut tentang BAIKS 2020 ini boleh dirujuk terus Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan di nombor telefon (088)210163/253445/215136 pada waktu pejabat.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2020.

________________________________________
Mesej dihantar bagi pihak:
Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan