Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

22/03/2018

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2018 yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Syarat kelayakan bagi penajaan ini ialah, memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan(9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (Sekiranya ada).

16/03/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 18hb Mac 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 18hb Mac 2018 (03:00 pagi)

14/03/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah akan menganjurkan Persidangan & Pameran Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018 bertemakan “Nature For Water”.Persidangan dan pameran ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh : 21hb. & 22hb. Mac 2018 (Rabu & Khamis)
Masa  : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour
Kota Kinabalu, Sabah
 

09/03/2018

Dimaklumkan bahawa talian/fax telefon Pejabat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Cawangan Beaufort bernombor 087-222296 telah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa.

Sila gunakan nomb. asal 087- 222 296 untuk semua urusan rasmi /teknikal pejabat.
 

06/03/2018

Please be informed that the Championing Sabah's Digital Economy Seminar details are as follows;

Date: 7 March 2018 (Wednesday)
Time: 8.00am - 5.00pm
Venue: Shangri La's Tanjung Aru Resort and SPA, Kota Kinabalu, Sabah

Please click here for details of the program.

01/03/2018

Sila maklum bahawa Bahagian Istiadat Dan Protokol telah berpindah ke bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) mulai 07 Disember 2017 (Khamis).  Alamat penuh Bahagian Istiadat Dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri yang baharu adalah seperti berikut:-

BAHAGIAN ISTIADAT DAN PROTOKOL
JABATAN KETUA MENTERI
ARAS 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH (PPNS)
JALAN SULAMAN, TELUK LIKAS
88400 KOTA KINABALU

NO. TELEFON:-
1) 088- 369000 (Pegawai Khidmat Pelanggan)

01/03/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 04hb Mac 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 04hb Mac 2018 (03:00 pagi)

01/03/2018

PEMBERITAHUAN TARIKH PENUTUPAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2018

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi Siri 1 2018 adalah pada 05 Mac 2018.    Sehubungan dengan itu, semua permohonan hendaklah dibuat dan diberi kelulusan oleh pegawai pelulus sebelum tarikh tutup tersebut.  

Permohonan yang lewat tidak akan diterima untuk pendaftaran pada siri ini.

23/02/2018

Dimaklumkan bahawa Pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah telah berpindah lokasi dari Wisma Tun Fuad Stephen ke Wisma Kewangan di alamat seperti berikut: 

Kementerian Pembangunan Perindustrian,
Tingkat Bawah, 3-6,
Wisma Kewangan,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88593 Kota Kinabalu

atau 

Kementerian Pembangunan Perindustrian,
Beg Berkunci No. 2037,
88622 Kota Kinabalu
Talian Operator :
088-264360
088-264364
088-264367

23/02/2018

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan talian telepon ke Pejabat Daerah Kecil Kemabong mengalami gangguan sejak 8.00 pagi ini. Sebarang urusan rasmi dan perhubungan pertanyaan sila  berhubung dan Encik Kassim Yunus di 018257117 atau Puan Zette Afzan Binti Ramawie di 0135557000.