Pengumuman

13/09/2017

Kepada: Semua Kakitangan Kerajaan

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja Ujian Pemulihan Bencana Menyeluruh (Full-scale Disaster Recovery Drill [simulation exercise]) yang telah dijadualkan seperti di bawah.

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT

Semua sistem aplikasi atau laman web yang ditempatkan di PDKN

11/09/2017

Dimaklumkan bahawa semua talian telefon Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah kini mengalami kerosakan. Semua panggilan ke LPPB didapati tidak dapat disambung atau diterima pada masa ini.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

11/09/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan kursus seperti berikut:- 

08/09/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan kursus seperti berikut:- 

NAMA KURSUS : SEMINAR KEPIMPINAN PENGURUSAN EKSEKUTIF & PROFESSIONAL SEKTOR AWAM 2017 (KESAN & PESAN)
TEMPAT KURSUS : DEWAN TUN SAKARAN, TH HOTEL, KOTA KINABALU,
TARIKH : 11 September 2017
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Pada atau sebelum 6 September 2017
JUMLAH PESERTA : 100 Orang
KUMPULAN SASAR : Gred 41 dan ke atas
DISKRIPSI SASARAN : Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pengurusan & Profesional

08/09/2017

Adalah disiarkan untuk makluman umum bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri bersetuju mengisytiharkan 9 September 2017 (Sabtu) sebagai hari kelepasan am tambahan bagi negeri Sabah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V selaras dengan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).
 

08/09/2017

Orang ramai adalah dijemput hadir ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2017 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dengan kerjasama Jabatan dan Agensi Kerajaan Di bawahnya pada:

Tarikh : 08 - 10 September 2017 (Jumaat – Ahad)
Masa :  08.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dataran Tuaran, Tuaran.
        
Sila klik sini untuk Aturcara Program:
http://www.sabah.gov.my/mafi/HPPNS2017/index.html

06/09/2017

Dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri bermula dari 12 September hingga 03 Oktober 2017. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti Lawatan Amal, Sukan MSPA dan juga Seminar sehari setengah yang bersesuaian dengan tugas seorang Setiausaha Pejabat dengan tema Setiausaha Profesional Pemacu Kecemerlangan pada tahun ini.

06/09/2017

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH SETIAUSAHA DAN SETIAUSAHA CEMERLANG TAHUN 2017 SEMPENA MINGGU SETIAUSAHA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI (MSPA) 

30/08/2017

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA:
Ahad, 03hb Sept 2017 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR:
Ahad, 03hb Sept 2017 (03:00 pagi)

29/08/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan kursus seperti berikut:- 

NAMA KURSUS : SEMINAR KEPIMPINAN PENGURUSAN EKSEKUTIF & PROFESSIONAL SEKTOR AWAM 2017 (KESAN & PESAN)
TEMPAT KURSUS : DEWAN TUN SAKARAN, TH HOTEL, KOTA KINABALU,
TARIKH : 11 September 2017
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : Pada atau sebelum 6 September 2017
JUMLAH PESERTA : 100 Orang
KUMPULAN SASAR : Gred 41 dan ke atas
DISKRIPSI SASARAN : Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pengurusan & Profesional