Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

25/07/2018

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI 2 TAHUN 2018

Sukacita, dimaklumkan perkara-perkara berikut:

1.    Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2  Tahun 2018  akan diadakan pada 25
hingga 28 September 2018.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini  dibuka mulai 24
Julai 2018 (Selasa)  sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2018 (Khamis); 

20/07/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 22hb Jul 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 22hb Jul 2018 (03:00 pagi)

20/07/2018

ANUGERAH WANITA NEGERI SABAH 2018

Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah bakal diadakan pada bulan September ini nanti. 
Bersempena dengan sambutan tersebut, kakitangan kerajaan adalah dipelawa untuk mengisi dan menghantar borang pencalonan untuk anugerah-anugerah wanita seperti yang telah ditetapkan.

17/07/2018

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2018

13/07/2018

Dimaklumkan bahawa Program Integral Managerial Productivity and Achievement of Knowledge (IMPAK) untuk Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred 44, anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 03 Ogos 2018 di Kampus Pembangunan Kepimpinan INSAN, Keningau telah DITUNDA ke satu tarikh baru yang akan ditetapkan dan dimaklumkan kelak.
 
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
 
Sekian dan terima kasih.

06/07/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 08hb Jul 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 08hb Jul 2018 (03:00 pagi)

06/07/2018

Dimaklumkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli akan menganjurkan Festival Industri Kecil Sabah (FIKS), One District One Small Industry (OD1SI) sempena “Tamparuli Fest 2018” (TiF 2018) pada 10-12 Julai 2018 bertempat di Dewan Masyarakat Tun Hamdan, Tamparuli.

05/07/2018

Muzium Sabah akan mengadakan satu aktiviti bagi merakyatkan warisan budaya Sabah, khususnya pembuatan kraftangan  etnik tempatan dan permainan tradisional.

Program Crafts Exotica bermula pada 01 hingga 14 Julai  2018. 

Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

03/07/2018

Kepada Semua Kakitangan Kerajaan,

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan terhadap perkhidmatan SabahNet yang telah dijadualkan seperti di bawah.

PERKHIDMATAN TERLIBAT
Semua Perkhidmatan Intranet dan Internet.

TARIKH & MASA BERMULA
Sabtu 07hb Jul 2018 12:00 pagi [0000]

TARIKH & MASA BERAKHIR
Sabtu 07hb Jul 2018 06:00 pagi [0600]

PENGGUNA TERLIBAT
Semua Pengguna Kerajaan SabahNet

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

28/06/2018

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan menganjurkan  Tugu Budaya Etnik Sabah ke 9 - International Youth Folk Dance Festival 2018 bermula pada 9 sehingga 14 Julai 2018, bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang.