Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

11/03/2011

Perkhidmatan perpustakaan di Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Luyang akan ditutup kepada orang ramai selama 2 hari pada 14-15 Mac 2011.
Ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, perkhidmatan perpustakaan tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa pada 16 Mac 2011.

10/03/2011

Dengan ini dimaklumkan bahawa nombor telefon Pejabat Daerah Nabawan (087-366-211) masih boleh dihubungi, namun ia tidak menggunakan Sistem PABX. Pegawai Daerah Nabawan memaklumkan bahawa jika hendak menghubungi beliau dan pegawai-pegawai yang lain, sila hubungi nombor-nombor yang berikut:

1. Bubudan O.T. Majalu (Pegawai Daerah) 087-366-219 dan HP 013-851-1561

2. Ranchong Amin (Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran) 087-366-218 dan HP 019-812-8206

3. Aloysius Anthony (Penolong Pegawai Daerah Pembangunan) 087-366-713 dan HP 013-867-1004

07/03/2011

Adalah dimaklumkan bahawa Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketiga Belas akan diadakan dari 14 hingga 21 April 2011.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

07/03/2011

Sila ambil perhatian tentang masalah kerosakan talian telefon di Lembaga Sukan Negeri Sabah bagi Pejabat Pengurus Besar (En. Mahmood Kalong) (088-221-717), dan Unit Aset (088-218-372). Kerosakan ini dijangka akan pulih pada 07 Mac 2011 (Isnin).

03/03/2011

Sila maklum bahawa perkhidmatan talian telefon di Pejabat Daerah Nabawan sedang
mengalami kerosakan sejak 02 Mac 2011. Sehubungan dengan ini, sila berhubung dengan 087-366219 untuk urusan yang terdesak. Sebarang kesulitan berhubung dengan perkara ini adalah amat dikesali.

03/03/2011

Sila maklum bahawa perkhidmatan talian telefon 087-735-441 di pejabat Jabatan Kerja Raya, Tenom sedang mengalami kerosakan. Sila berhubung dengan talian telefon 087-735-524 / 735-440 yang masih berfungsi untuk sebarang urusan rasmi.

02/03/2011

Sila dimaklumkan bahawa Pertandingan Rekacipta Sabah 2011 akan diadakan bermula 1 Mac 2011, anjuran bersama Unit Sains Dan Teknologi dan Zull Design Autotronic. Sila klik di sini untuk risalah pertandingan.

24/02/2011

Dimaklumkan bahawa masih terdapat ramai calon yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut di atas yang mana permohonan mereka belum lagi disokong/diluluskan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan menyemak di URL http://exam.sabah.gov.my/. Tarikh akhir pegawai menyokong/meluluskan permohonan adalah pada 28 Februari 2011 (Isnin).

14/02/2011

Sila dimaklumkan bahawa perkhidmatan keretapi tersebut di atas akan beroperasi semula dari Stesen Tanjung Aru ke Stesen Beaufort pada 21 Februari 2011 setelah ditutup sejak 21 Jun 2006. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

11/02/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang tersebut di atas telah disediakan untuk kemudahan pelanggan. Pihak Pengurusan Jabatan Air Negeri Sabah mengalu-alukan warga perkhidmatan awam Negeri Sabah untuk menggunakan perkhidmatan ini yang boleh dicapai melalui http://www.sabah.gov.my/air dengan memilih perkhidmatan pelanggan. Sebarang aduan dan komen daripada Datuk/Tuan/Puan mengenai perkhidmatan ini boleh dikemukakan kepada jans.hq [at] sabah.gov.my.