Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

21/07/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketiga Belas akan diadakan dari 2 hingga 3 Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

16/07/2010

Untuk makluman, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Kinabalu akan berpindah ke bangunan baru kompleks JKR bermula pada 15 Julai hingga 13 Ogos 2010. Sehubungan itu, pejabat ini akan menghadapi gangguan perkhidmatan dalam tempoh berkenaan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

12/07/2010

Sempena dengan Perasmian Wisma Wanita, banyak acara program yang menarik termasuk Karnival Wanita akan diadakan pada 17 dan 18 Julai 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut program.

12/07/2010

Satu Persidangan Mengenai Peluang-peluang Pelaburan Dalam Industri Hiliran Kelapa Sawit akan diadakan pada 29 Julai 2010 di Pusat Perdagangan Sabah, Likas. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai persidangan ini, sila klik di sini.

12/07/2010

Semua adalah dijemput mengunjungi Pesta Bunga 2010 yang akan berlangsung di Taman Pertanian Sabah, Tenom pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

07/07/2010

Jabatan Bendahari Negeri Sabah akan menganjurkan satu Kursus Perakaunan Asas Kerajaan pada 26 hingga 29 Julai 2010. Kakitangan awam Gred 17, 22 dan 27 adalah dijemput untuk menghadiri kursus ini. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

24/06/2010

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SMECORP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan menganjurkan "Sabah Domestic Investment Dialogue & Seminar" pada 1 Julai 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut, jadual program dan borang pendaftaran.

23/06/2010

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah sedang mengadakan satu Pertandingan Mencipta Logo UPEN Sabah. Tarikh tutup penyertaan ini telah dipanjangkan sehingga 13 Ogos 2010. Sila klik di sini untuk syarat-syarat penyertaan pertandingan.

17/06/2010

Untuk makluman, nombor telefon bagi Pejabat Daerah Kunak adalah tidak berfungsi pada masa sekarang. Segala perhubungan boleh dibuat melalui talian 089-851273, 089-851757 atau 019-8805962.

10/06/2010

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu "Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera" dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah dan Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah. Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut:

Risalah; Borang Penyertaan; dan Syarat-Syarat.