Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

08/11/2010

Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) akan mengadakan Kursus Pengacaraan Majlis kepada semua pegawai Kerajaan Negeri Sabah. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

01/11/2010

Sempena dengan Bulan ICT Sabah, satu pertandingan "Cyber Treasure Hunt" akan dianjur. Ia akan bermula pada 1hb November dan akan berakhir pada tengah malam, 30hb November. Kujungi laman Bulan ICT Sabah http://www.sabahict.com untuk penyertaaan pertandingan tersebut. Tiga pemenang teratas yang berupaya menjawab kesemua soalan dalam masa yang terdekat akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

01/11/2010

Dimaklumkan bahawa talian Telefon / Fax / PABX dan E-mel Pejabat Daerah Tuaran telah pulih dan berfungsi seperti biasa. Nombor-nombor yang boleh dihubungi adalah:-

Pegawai Daerah Tuaran: 088 788518

Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran): 088 788364

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan): 088 788440

Penolong Pegawai Penyelidik: 088 788010

Penolong Akauntan: 088 788641

Ketua Kerani: 088 788359

Bahagian Akaun: 088 788011

Fax: 088 788363

28/10/2010

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ketiga dalam Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ketiga Belas akan diadakan dari 19 hingga 25 November 2010. Mesyuarat akan diadakan di Dewan Mesyuarat, Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Jalan Sulaman, Teluk Likas, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

27/10/2010

Sekali lagi untuk tahun 2010, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menganjurkan program bercorak "City Children Development" yang begitu sinonim dengan kejayaan penganjurannya di peringkat Bandaraya Kota Kinabalu iaitu CITY KIDS SMART START HOLIDAY CAMP yang akan diadakan pada 30 November 2010 - 2 Disember 2010 yang akan datang.

26/10/2010

Sila dimaklumkan bahawa MAKSAK Sabah akan menjalankan pemilihan
seperti tersebut di atas dengan ketetapan berikut:


Tarikh: 6 - 7 November 2010 (Sabtu dan Ahad)

Masa: 8:00am

Tempat: CPS Bowl, Tingkat 8, Centre Point Sabah, Kota Kinabalu


Borang penyertaan, peraturan dan format pemilihan boleh
didapati dengan melayari laman web -
http://www.maksak.sabah.gov.my/ atau di kaunter CPS Bowl, Tingkat 8,
Centre Point Sabah, Kota Kinabalu.

18/10/2010

Sila dimaklumkan bahawa Karnival Jalur Lebar 1MALAYSIA akan diadakan pada 06-07 November 2010 dari 10 pagi hingga 7 petang di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah. Karnival ini merupakan satu acara yang menarik namun bermaklumat untuk mempromosi dan mendidik penggunaan jalur lebar (broadband) dan ICT, kepada para pengunjung khususnya para pelajar, ibu-bapa, penduduk luar bandar, dan SME.

14/10/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa DBKK dan JKJR/MKJR akan mengadakan acara 5K Walk for Charity 2010 "We Care For Road Safety" sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2010 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang akan diadakan pada 21 November 2010 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.

13/10/2010

Sila maklum bahawa Pejabat Daerah Tuaran telah berpindah ke Bangunan Urusetia II pada 10 Oktober 2010. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa talian Telefon, Fax, PABX dan E-mail tidak dapat dihubungi buat sementara waktu sehingga talian dipulihkan kembali.


Sehubungan dengan itu, pejabat ini dapat dihubungi melalui telefon bimbit seperti berikut :-

Pegawai Daerah: 019 5368272

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan): 013 8603552

PA Pegawai Daerah: 016 8238728

Pen. Peg. Pembangunan Daerah: 016 8051509

11/10/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Jabatan Ketua Menteri akan menganjurkan kursus yang tersebut di atas bermula pada bulan Januari hingga Disember 2011. Kursus ini adalah terbuka kepada kakitangan wanita dalam kumpulan Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan saja. Sila klik di pautan untuk Surat Pekeliling dan Borang Permohonan Kursus.