Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

13/10/2010

Sila maklum bahawa Pejabat Daerah Tuaran telah berpindah ke Bangunan Urusetia II pada 10 Oktober 2010. Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa talian Telefon, Fax, PABX dan E-mail tidak dapat dihubungi buat sementara waktu sehingga talian dipulihkan kembali.


Sehubungan dengan itu, pejabat ini dapat dihubungi melalui telefon bimbit seperti berikut :-

Pegawai Daerah: 019 5368272

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan): 013 8603552

PA Pegawai Daerah: 016 8238728

Pen. Peg. Pembangunan Daerah: 016 8051509

11/10/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Jabatan Ketua Menteri akan menganjurkan kursus yang tersebut di atas bermula pada bulan Januari hingga Disember 2011. Kursus ini adalah terbuka kepada kakitangan wanita dalam kumpulan Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan saja. Sila klik di pautan untuk Surat Pekeliling dan Borang Permohonan Kursus.

28/09/2010

Dengan hormat dimaklumkan bahawa Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) peringkat Negeri Sabah akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 7 Oktober 2010 (Khamis)
Masa: 8:00am-5:00pm
Tempat: Grand Ballroom, Magellan, Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

28/09/2010

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah Tahun 2010 akan berlangsung mulai 6 - 7 Oktober 2010, 8.00am-5.00pm bertempat di Auditorium KPKPS, Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu. Seramai 15 KIK mewakili Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan mempersembahkan projek KIK masing-masing sempena konvensyen tersebut yang mana akan dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, semua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan adalah dijemput hadir menyaksikan konvensyen tersebut.

28/09/2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa Seminar Meningkatkan Taraf Kemudahan Sukan akan dianjurkan oleh Lembaga Sukan Negeri Sabah pada 28-30 September 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.

27/09/2010

Sila maklum bahawa Pesta Burung Borneo 2010 akan diadakan dari 15 hingga 17 Oktober 2010 di Rainforest Discovery Centre, Sandakan. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

23/09/2010

MAKSAK Sabah akan menganjurkan kejohanan tersebut di atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Oktober 2010 (Ahad)
Masa: 8:30 pagi
Tempat: CPS Bowl, Tingkat 8, Centre Point Sabah, Kota Kinabalu

Borang penyertaan dan peraturan boleh didapati dengan melayari laman web http://www.maksak.sabah.gov.my.

23/09/2010

Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh Hari Keluarga PUSPANITA Cawangan Sabah 2010 pada 25 dan 26 September 2010 telah ditunda seperti berikut:
Perlawanan Persahabatan Futsal dan Boling Tenpin: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Perasmian Hari Keluarga dan acara-acara lain: 17 Oktober 2010 (Ahad)
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

21/09/2010

Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 akan diadakan pada 5-6 Oktober 2010 bertempat di 1Borneo Pacific Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, Pameran Sempena Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 akan diadakan pada 6-7 Oktober 2010 bertempat di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

13/09/2010

Jabatan Perhutanan Sabah akan mengadakan persidangan antarabangsa yang dinyatakan di atas di Kota Kinabalu dari 8 hingga 9 November 2010. Sila klik di sini untuk Aturcara Tentatif.