Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

03/03/2011

Sila maklum bahawa perkhidmatan talian telefon 087-735-441 di pejabat Jabatan Kerja Raya, Tenom sedang mengalami kerosakan. Sila berhubung dengan talian telefon 087-735-524 / 735-440 yang masih berfungsi untuk sebarang urusan rasmi.

02/03/2011

Sila dimaklumkan bahawa Pertandingan Rekacipta Sabah 2011 akan diadakan bermula 1 Mac 2011, anjuran bersama Unit Sains Dan Teknologi dan Zull Design Autotronic. Sila klik di sini untuk risalah pertandingan.

24/02/2011

Dimaklumkan bahawa masih terdapat ramai calon yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut di atas yang mana permohonan mereka belum lagi disokong/diluluskan di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan menyemak di URL http://exam.sabah.gov.my/. Tarikh akhir pegawai menyokong/meluluskan permohonan adalah pada 28 Februari 2011 (Isnin).

14/02/2011

Sila dimaklumkan bahawa perkhidmatan keretapi tersebut di atas akan beroperasi semula dari Stesen Tanjung Aru ke Stesen Beaufort pada 21 Februari 2011 setelah ditutup sejak 21 Jun 2006. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

11/02/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan yang tersebut di atas telah disediakan untuk kemudahan pelanggan. Pihak Pengurusan Jabatan Air Negeri Sabah mengalu-alukan warga perkhidmatan awam Negeri Sabah untuk menggunakan perkhidmatan ini yang boleh dicapai melalui http://www.sabah.gov.my/air dengan memilih perkhidmatan pelanggan. Sebarang aduan dan komen daripada Datuk/Tuan/Puan mengenai perkhidmatan ini boleh dikemukakan kepada jans.hq [at] sabah.gov.my.

10/02/2011

Kementerian Pembangunan Perindustrian akan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri Cemerlang bagi tahun 2010/2011 yang terbuka kepada semua pengusaha dan pengilang dalam sektor perkilangan yang terdapat di Negeri Sabah. Justeru, tarikh penghantaran borang dilanjutkan sehingga pada 28 Februari 2011. Segala pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh menghubungi di talian 088-255055 untuk keterangan lanjut.

07/02/2011

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah sedang mencari pakar runding 'in-house' dari kalangan anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah untuk membantunya dalam proses mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

26/01/2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Air, bahagian Kota Kinabalu, akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan dan Kempen Penjimatan Air pada 30/01/2011 dari 8:00am ke 1:00pm bertempat di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

26/01/2011

Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan telefon (088-527600) di pejabat Jabatan Tanah dan Ukur di Kota Kinabalu sedang mengalami kerosakan. Namun, pejabat ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor telefon yang berikut: 088-413677 / 413626 / 413733.

20/01/2011

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat kerosakan di semua talian telefon dan faks di pejabat Dewan Undangan Negeri Sabah. Nombor telefon yang masih boleh dihubungi setakat ini ialah 088-440588, iaitu talian terus Encik Ag. Kassim Hj. Ag. Ismail, Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri.