Official Website Of The
Sabah State Government

Pelaksanaan Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam 2019 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) akan menjalankan Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) Peringkat Perkhidmatan Awam 2019. IKPM merupakan satu alat ukur untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam.

Sehubungan dengan itu, semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah diwajibkan untuk melengkapkan Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) ini bermula pada 2 Oktober sehingga 11 Oktober 2019 secara atas talian melalui capaian https://ikpm.jpa.gov.my. 

Mesej dihantar bagi pihak:-
Unit Kesejahteraan Psikologi
Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tel: (088) 368758(P)