Photo Gallery - March 2017

CM menyambut ketibaan PM

02/MARCH/2017 : (Sandakan : Khamis) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri menyambut ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur di lapangan terbang Sandakan malam hari ini. Hadir sama ialah para pemimpin negeri serta masyarakat Sandakan.

Lupak Meluas People Housing Programme

03/MARCH/2017 : Lupak Meluas People Housing Programme.

PM Walkabout Sandakan

03/MARCH/2017 : Prime Minister Datuk Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak and Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman shaking hands with Sandakan people during their walkabout at Sandakan Harbour Square on Friday.

PM dan KM di Walkabout Putatan

03/MARCH/2017 : (PUTATAN : Sabtu) Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah menghadiri 'Walkabout' di Tamu Putatan petang hari ini. Mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Turut hadir ialah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh, Datuk Edward Yong Oui Fah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Majlis Sentuhan Kasih Bersama Ahli Gabungan Persatuan dan Pertubuhan Teksi Kota Kinabalu

05/MARCH/2017 : (KOTA KINABALU : Ahad) Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan telah hadir serta merasmikan Majlis Sentuhan Kasih Bersama Ahli Gabungan Persatuan dan Pertubuhan Teksi Kota Kinabalu, di mini Putrajaya pagi hari ini. Majlis anjuran PETEKMA Sabah, Persatuan Teksi Pantai Barat Kota Kinabalu dan Persatuan Teksi Rumpun Melayu Kota Kinabalu ini telah telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang pemandu Teksi sekitar Kota Kinabalu. Nizam di dalam ucapan perasmian penutupan menyatakan penghargaan kerajaaan kepada pemandu-pemandu teksi yang merupakan duta kecil kepada negara serta negeri Sabah khasnya. Pemandu teksi berperanan penting di dalam memperkenalkan produk pelancongan negeri seterusnya turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri Sabah. Nizam menambah para pemandu teksi haruslah menjaga keterampilan diri, menjaga kebersihan, bersopan serta memastikan keselamatan penumpang. Menurut Nizam lagi, kerajaan melalui agensi LPKP (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganan) telah mengambil langkah proaktif bagi mengenal pasti masalah pemandu teksi seterusnya mencari kaedah bagi menyelesaikannya. Nizam berharap Program seperti ini akan berterusan bagi membela serta membantu pemandu teksi di negeri Sabah.

Sabah Foundation Roadshow

05/MARCH/2017 : Sabah Foundation Roadshow.

Taman Muhibbah PPR

05/MARCH/2017 : Taman Muhibbah PPR.

Sungai Sibuga BR1M 2017

06/MARCH/2017 : Sungai Sibuga BR1M 2017.

Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Dan Persekutuan Bersama YAB Ketua Menteri Sabah

07/MARCH/2017 : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah hadir ke Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Dan Persekutuan Bersama YAB Ketua Menteri Sabah Bil. 1 Tahun 2017 bertempat di Auditorium Tun Ahamad Raffae Menara Tun Mustapha pagi hari ini. Hadir sama ialah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Datuk Jainab Ayid, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Tan Sri Sukarti Wakiman Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pembantu-Pembantu Menteri dan Datuk Borhan bin Dolah, Setiausaha Persekutuan Sabah.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB)

07/MARCH/2017 : (KOTA KINABALU : Selasa) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sabah Bil. 1/2017 di Hotel Le Meridien petang hari ini. Turut hadir ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Tan Sri Sukarti Wakiman Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Dato Husni Salleh CEO TERAJU dan Pengarah UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) Datuk Osman Jamal.

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Sabah 1438Hijrah/2017

11/MARCH/2017 : (KOTA KINABALU : Sabtu) Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni telah menghadiri Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Sabah 1438Hijrah/2017 di Dewan Sa'adah Wisma MUIS malam kelmarin. Mengiringi ketibaan Tun ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dan isteri Datin Seri Panglima Faridah Hj Tussin. Turut hadir ialah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ariffin Arif Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al Quran, Tan Sri Sukarti Wakiman Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah Alquran.

Karnival Jalinan Kaseh

12/MARCH/2017 : (TAWAU: Ahad) YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Panglima Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Program Karnival Jalinan Kaseh Anjuran Biro Latihan & Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Perbandaran Tawau petang hari ini. Mengiringi ketibaan beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Turut hadir ialah Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Haji Salleh Ahli Parlimen P.191 Kalabakan merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan. Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Nasir Tun Sakaran Pemangku Ketua Bahagian Semporna, Datuk Mohd Yusop Afdal Ketua UMNO Bahagian Silam dan Datuk Muis Picho ADUN Sebatik.

Launching of SEC's 3rd Gas Distribution Project

17/MARCH/2017 : Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman launching the SEC's 3rd Gas Distribution Project at Le Meredien Hotel on Thursday. The project is a joint partnership between Sabah Energy Corporation and China based Zhangjiagang Furui Special Equipment Co. Ltd.

Also seen here are Sabah Energy Corporation Chairman Datuk Au Kam Wah (3rd from right), Assistant Minister of Industrial Development Datuk Bolkiah Ismail (4th from left), SEC Chief Executive Officer Datuk Haji Harun Hj. Ismail (2nd from right), Kota Kinabalu City Mayor Datuk Yeo Boon Hai (right), China Consul-General in Kota Kinabalu Chen Peijie (3rd from left), Zhangjiagang Furui Special Equipment Co. Ltd. President Mr. Wu Pin Fang (5th from left), Permanent Secretary Ministry of Industrial Development Datuk Haji Hashim Paijan (2nd from left) and Sabah Economic Planning Unit Director Datuk Osman Jamal (left).

CM membuat tinjuan terhadap Jalan Raya di Kg Dandulit

19/MARCH/2017 : (SANDAKAN : Ahad) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah membuat tinjauan terhadap jalanraya di Kg. Dandulit pagi hari ini. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Datuk Zakaria Mohd Edris Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ir James Wong Presiden Majlis Perbandaran Sandakan dan Pengarah Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Hj. Amrullah Kamal.

CM menerima Kunjungan Hormat MPN

20/MARCH/2017 : (KOTA KINABALU : Isnin) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Profesor Negara (MPN) di Seri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri petang hari ini. Kunjungan hormat diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, CEO MPN. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Agung MPN Prof Dr. Kamarudin M Said , Prof Dr. Roselina Ahmad Saufi Timbalan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam serta ketua-ketua kluster MPN. Kunjungan hormat ini adalah bagi memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai Program Majlis Profesor Negara Bersama Masyarakat Sabah yang akan berlangsung dari 27 Mac sehingga 2 April 2017. Progam bertemakan "Ilmuwan prihatin Rakyat" akan di adakan di Semporna, Tawau, Sandakan, Kundasang & Ranau, Kota Marudu & Kudat, Lahad Datu, Sipitang dan akhir sekali Kota Belud.

New Course Launching

21/MARCH/2017 : Universiti Malaysia Sabah's new course launching.

Tahlil

24/MARCH/2017 : Bacaan doa di atas pemergian Allahyarham YB. Datuk Haji Mohd. Suhaili Haji Said, ADUN Tungku.

CM Merasmikan Pecah Tanah

25/MARCH/2017 : (TUARAN : Sabtu) Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah (PBSS) di Jalan Sulaman Kg. Lok Batik Tuaran pagi hari ini. Hadir sama ialah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Timbalan-timbalan Speaker dan pembantu-pembantu menteri.