The Official Website of The Chief Minister Of Sabah

Majlis Program Mesra Pelanggan Bersama Rakyat

 

TEKS UCAPAN Y.A.B. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN KETUA MENTERI SABAH SEMPENA PROGRAM MESRA PELANGGAN BERSAMA RAKYAT ANJURAN LPKP SABAH DAN KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO P186 SANDAKAN, PADA 14 APRIL 2018

DI DEWAN MASYARAKAT, SANDAKAN.

 

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jemputan untuk saya merasmikan Program Mesra Pelanggan Bersama Rakyat anjuran bersama LPKP Sabah dan wanita UMNO P186 Sandakan.

 

Sesungguhnya saya amat gembira melihat jalinan kerjasama di antara Wanita UMNO Sandakan bersama agensi-agensi kerajaan yang terdiri dari LPKP, MPS, JPJ, PDRM, PUSPAKOM, AADK, Sandakan FM, PERKESO dan JKJR Sabah.  Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (NBOS) yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya di Sandakan.

 

Sememangnya kita mengalu-alukan inisiatif dan usaha program mesra pelanggan seumpama ini. Saya percaya program ini berupaya memberikan impak positif terutama kepada masyarakat yang terlibat dengan program yang dijalankan.

 

Saya juga yakin bahawa menerusi pameran dan sesi dialog yang diadakan sepanjang tempoh tiga hari ini, ia telah memberi maklumat, pengetahuan dan pemahaman kepada tuan-tuan dan puan-puan bagi menangani isu-isu semasa dan terkini berhubung dasar-dasar dan prosedur-prosedur yang perlu dilakukan dalam setiap permohonan sama ada daripada individu atau syarikat. 

 

Kejayaan dan impak positif program ini terbukti apabila permohonan yang dimajukan sepanjang program ini dijalankan, diluluskan dengan serta merta. Surat tawaran kelulusan akan disampaikan pada hari ini oleh pihak LPKP. Ini jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyatnya dalam memudahkan pelbagai perkara demi kesejahteraan kehidupan rakyat.

 

Saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk terus memperkukuhkan komitmen dan iltizam, bagi menjayakan pelbagai agenda transformasi dan pembangunan di bawah pimpinan Barisan Nasional. Sokongan dan kesetiaan kita kepada BN penting bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dan kemajuan dapat dinikmati.

 

Marilah kita terus bersatu padu dan bekerjasama dengan Barisan Nasional menjayakan agenda pembangunan untuk rakyat. Semoga usaha Barisan Nasional dalam membangun dan memajukan negeri akan berjalan dengan lancar berkat sokongan dan dokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.

 

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas usaha, kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Saya berharap agar masyarakat khususnya di kawasan ini mendapat faedah dan manfaat hasil daripada pelaksanaan program ini. Sekian, terima kasih.

 

Saturday, April 14, 2018

Office

Press and Publication Office
Chief Minister's Department
31st Floor, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 KOTA KINABALU

Chief Minister's Office
31st & 32nd Floor, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 KOTA KINABALU