Text Resize

-A A +A

Majlis Tahlil dan Doa Selamat Serta Majlis Persaraan dan Perpisahan

Majlis Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan pada 30 September 2011 sempena keberangkatan  Puan Dayangku Ainih Pg. Maladin Ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu Haji.  Bacaan Tahlil dan Doa Selamat telah diketuai oleh Encik Daud Ahmad dan telah diadakan di bilik mesyuarat pejabat BPK.

Selepas Majlis Tahlik dan Doa Selamat selesai, satu majlis untuk meraikan persaraan Encik Damianus Takong telah diadakan di ruang legar pejabat BPK. Majlis di hadiri oleh Y.Bhg Datin Salwah A.B. Titingan serta semua kakitangan Bahagian Pengurusan dan Kewangan.

Kami mendoakan semoga perjalanan Puan Dayangku Ainih akan dipermudahkan dan Semoga beliau dapat menyempurnakan kerja-kerja haji dengan sebaik-baiknya.  Untuk Encik Damianus pula semoga berjaya di dalam semua lapangan.

sekian, terima kasih

Tarikh kemaskini: 23-10-2014

Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin 1024 x 768 dan ke atas.
Sebarang maklum balas mengenai laman ini boleh email kepada pentadbir laman, atau lengkapkan borang maklum balas.

Dibangunkan oleh Digital Heritage Sdn. Bhd.