Text Resize

-A A +A

Etika Berpakaian Ketika Menghadiri Mesyuarat Dan Acara Rasmi

Dimaklumkan bahawa satu pekeliling telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan berkaitan menetapkan etika berpakaian pegawai awam. Peraturan dan pekeliling itu menetapkan bahawa pegawai awam hendaklah sentiasa berpakaian kemas pada hari bekerja, semasa menghadiri mesyuarat dan acara-acara rasmi kerajaan.

Menurut kepada pekeliling tersebut, Kerajaan telah menetapkan bahawa pegawai-pegawai awam hendaklah mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan iaitu:-

  1. "lounge suit" dengan baju kemeja dan bertali leher bagi lelaki;
  2. pakaian yang sesuai bagi wanita;
  3. wajib memakai tanda nama; dan
  4. tidak dibenarkan memakai baju atau jaket korporat agensi masing-masing.

 

Walau bagaimana pun, pegawai awam dibenarkan memakai baju Batik Malaysia pada hari Khamis dan Baju Kebangsaan yang lengkap bagi pegawai lelaki beragama Islam pada hari Jumaat. Semasa menghadiri majlis-majlis rasmi, pegawai awam hendaklah mematuhi jenis pakaian yang ditetapkan dalam kad jemputan.

Sekian, terima kasih.

Tarikh kemaskini: 02-09-2014

Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin 1024 x 768 dan ke atas.
Sebarang maklum balas mengenai laman ini boleh email kepada pentadbir laman, atau lengkapkan borang maklum balas.

Dibangunkan oleh Digital Heritage Sdn. Bhd.